Revolution
Gelap
Sunday, December 2 06:01:00

I feel so hungry every time I look at this picture~~ 

Assalamualaikum guys !

Fuhhh berhabuk sudah blog aku. Ye lah semenjak aku jadi 'bibik terpelajar' ni aku busy gila. Cehh menipu kata busy. tapi busy lah jugak! ya ya ya, sudah la tu. Okay hari ni aku nak cerita pasal memori yang aku tak akan lupa . Ergh . Aku memang tak akan lupa hari tu . Aku rasa post ni tak de jokes at all .

Okay mari kita mulakan . Aku tahu semua orang ada kejadian yang tak akan luput di ingatan sama jugak macam aku. So ni lah cerita dia. Tarikh kejadian 31/7/2010. Time tu pada pagi *tak lah pagi sangat* yang redup sedap mata memandang *time tua aku ada kat kampung* family kitaorang + family mak tam + family mak su nak pi rumah mak ngah . So kita pi lah sesama, kita orang guna jalan dalam dari pontian pi kota tinggi. Aku tidur sebab penat malam tu aku pi tengok tv sampai pagi. Then aku terjaga , dalam 10 minit pastu aku toleh kanan ada kereta mat saleh bawak nak potong kita orang, tapi tak sempat mat saleh tu nak potong ada satu kereta dari arah bertentangan. So mat saleh tu himpit kereta kitaorang, kereta kitaorang pun terbabas dan langgar penghadang jalan dan tiang elektrik. Dah sebelah tu jurang. Tiang elektrik tu patah dan kereta kitaorang remuk. *actually aku nak tunjuk gambarnya tapi gambar-gambar tu semua ada kat dalam laptop aku yang dah mampos* Aku pengsan. Abang aku cerita kereta berasap so dia keluar tarik ayah sebab ayah aku tetiba tak boleh jalan, mak aku keluar tarik aku dan kakak aku keluar tarik adik aku. Family aku panik sebab aku tak sedar langsung, dah jirus air pun tak sedar, mak aku pi call ambulance sebab ayah aku langsung tak boleh berdiri. Aku tersedar sebab aku dengar mat saleh tu cakap 'I'm sorry, I'm sorry' banyak kali. Kepala aku pening gila time tu. Mak aku balas 'Sorry, sorry, senyap lah anak aku ni pengsan lah!' Aku nak gelak tapi mulut aku sakit sangat sampai aku tak boleh nak cakap langsung. Then aku dah sedar sepenuhnya, baru aku perasan mulut aku sakit gila dan terkoyak. Aku menangis *time ni aku cengeng lagi* Bila air mata kena luka tu lagi pedih ASDFGHJKL perasaan aku time tu. Then mak aku papah aku pi rehat kat kereta mak tam aku dengan angah yang demam time tu.

Time tu muka abang aku 100% cuak tengok aku. Then dia tanya aku okay tak. Tu lah first time dia tunjukkan yang dia sayang aku. *ehem-ehem abang sila kembangkan hidung anda kalau anda baca post ni. hahah* Abang bagi air mineral suh aku minum. Aku dalam hati kata 'bangang lah abang ni, dah tahu aku sakit suruh minum lagi' *tak padan dengan sakitnya mengutuk number satu* Mak aku pun cuak gila lah. Adik aku time tu keliru and tak faham apa yang terjadi dia duduk dalam kereta mak su sebab mak aku suruh. Aku dah sakit gila ni, malas nak nangis so dah berhenti nangis *budak kuat. hahahah* ambulance pulak lambat sampai, so nasib baik ada pak cik yang baik hati tumpangkan aku dengan ayah aku pi spital. Sampai kat spital, aku terus pi wad kecemasan. Mulut aku kena jahit, aku nangis sampai doktor tu kena pujuk banyak kali, baru aku nak baring nak kena jahit. Dia letak ubat bius banyak-banyak sampai kena gigi aku. Dengan gigi-gigi aku kebas tahu? Aku duk spital tu lama lah jugak, sebab hal ayah aku yang lama, aku sekejap je. Memandangkan perut dah lapar gilaaaaaaa aku pun ajak pak tam pi kafeteria dia makan. Tapi pak tam tak nak pi kafeteria dia so kitaorang pi restoren kat belakang spital tu. Kakak dengan pak tam aku makan, aku minum air je lah. Cis tak kesian ke kat aku yang comel ni? Hahaha. Actually aku memang tak boleh makan sebab mulut aku bukak pun kecik je dah 1 inci je aku boleh bukak mulut. Hal kereta tu aku tak kesah, biarlah. Wakakakakaka. Okay sampai sini je cerita dia. Aku nak terus lompat ke cerita kat sekolah pulak.

Cerita kat sekolah.............................

Aku cuti dua hari kut, abang aku cuti sehari je. Badan abang aku lebam-lebam. Bila aku pi sekolah tu actually luka aku dah 90% sembuh. Macam-macam diaorang mengata aku, aku just sabar dan dengar je. Ada yang kata camni 'Alah luka sikit je pun mengada lebih' ada yang kata 'luka je?! Asal tak mampos terus? Baru bahagia hidup aku' ada yang geli bila tengok sampai cakap 'eiyuuuuu' and this is what i said FAKYU ! Aku still ingat lagi siapa cakap camtu. Aku boleh je taip nama diaorang sekarang tapi tak pe lah. Nak tahu? Tanya aku sendiri okay?

--------------------THE END--------------------



So ni lah sebab bibir belah kiri bawah aku pelik. Lepas ni jangan tanya lagi ye?


OLDERNEWER