Revolution
SELAMAT HARI RAYA !!
Wednesday, August 15 10:12:00
Assalamualaikum guys :)

Okay . Post hari ni khas untuk ucapan raya memandangkan esok aku dah start balik kampung dan maybe aku akan berada seminggu kat sana dan mungkin aku jugak tak boleh nak online . *sad face* . Ucapan aku ditujukan kepada :

MAMA DAN AYAH
Mama , ayah adik dan mintak maaf ... *ehem-ehem ucapan kepada parents aku adalah sulit . Jadi kalau nak dengan jugak sila duduk di sebelah parents saya dipagi hari* dan selamt hari raya :)

KAK WA 
You're my sweet sister dan merupakan satu-satunya kakak aku . Walaupun perlakuan aku *yang comel ini . Sila jangan buat muka itik itu kalau nak baca blog aku . Harap maklum* tak mengambarkan yang aku ni sayang kat kau *adalah tersemat rasa menyampah kat kau ... Sikit ..* tapi sebenarnya jauh di sudut hati kecil aku , aku sayang kau dan aku sayang kau lah . *speechless . Tetibe* Aku nak susun 20 jari kaki + tangan aku yang comel-comel lagi cantik-cantiik belaka untuk mintak maaf sebab aku selalu marah kau , selalu kutuk kau , selalu buat kau sakit hati , selalu gaduh dengan kau , selalu guna barang kau tanpa kebenaran kau *heee* dll . Always remember that I'll always love you :* Lupa . Selamat Hari Raya :)

ABANG FAZDLI
You're my only brother that I have and I admit that I always care about you although sometimes you're annoy me -,- Aku sayang kau abang buncit . *sila terharu* Walaupun kita ni macam anjing dengan kucing *err , kau anjing aku kucing* tapi aku tetap bersabar dengan kau . Heee aku nak mintak maaf sebab selalu buat kau menyampah dengan aku sebab kau pun buat benda yang sama kat aku ! So kita 0-0 ? Selamat Hari Raya :)

ANIS 
Adik aku yang comel *bak kata orang . Tapi tahap kecomelan dia tak boleh menandingi aku . Harap maklum* *baling periuk kuali kat aku sebab dari tadi tak abis-abis memuji diri* Aku sebagai kakak kau yang paling comel nak menyusun 10 jari jemari aku yang runcing ini memohon maaf dari kau sebab selalu marah kau tak tentu pasal . Right ? Padan muka kau selalu jadi mangsa kemarahan aku :P Selamat hari raya :)

FAZZIRA GHAZALI
Kawan baik aku sejak aku umur 5 tahun . Ulang suara 5 tahun ! Dah 10 tahun aku kawan dengan dia . So aku memang tak kesah langsung dengan apa yang orang nak cakap dengan dia sebab aku tahu dia camne . So kepada berpuluh-puluh adik angkat dia , aku memang tak kesah kalau kau nak sebut 'ouh KAKAK ANGKAT ku , adik sayang kakak' :P aku tak kesah . *take note* kalau nak buat aku jealous sila buat dengan cara lain . Okay jauh menyimpang . Back to our main topic . Seperti yang kau tahu kawan kau yang comel sorang ni nak mintak maaf dekat kau sebab banyak lukakan hati kau , banyak terlepas cakap dan banyak tak jaga perasaan kau . Hee aku nak kau tahu dua perkara . 1. Aku sayang kau . 2. Takde siapa-siapa yang boleh musnahkan persahabatan kita ni . Promise me that you'll never forget me . Selamat hari raya Pash :3

AFNIDA SAFIELYANA
This is my gang . My bff in 3 KAA . Terdiri daripada Opie , Af , Amni , Nani , Aida dan Mai . Walaupun kita dah kenal dari darjah 1 tapi kita mula rapat tahun ni right ? Maafkan aku sebab aku banyak buat salah dengan korang , buat korang terasa dengan aku yang comel ni , buat korang sakit hati dengan aku , sebab selalu terkecil hati dengan korang . Aku sayang korang . All the best for our PMR :) I want all of us get straight A's Selamat hari raya korang :)

AZNIRA KAMARULZAMAN 
Aku sayang kau eira . Dari tahun lepas kita rapat right ? Jangan jadikan perbezaan kelas sebagai pemisah persahabatan kita . Okay ? Jangan tinggalkan aku :) You have to promise me that ! Aku nak mintak maaf kat kau sebab selalu sakitkan hati kau , selalu buat kau marah , selalu buli kau *eh?* dll . Maafkan aku eira :# Selamat hari raya ! Btw congrats sebab menang pertandingan tu :)

SESIAPA YANG MENGENALI DIRI AKU DAN FOLLOWERS DEKAT BLOG DAN TWITTER
Aku nak mintak maaf kalau aku buat kesilapan yang aku tak sedar . Aku mintak maaf kalau kau dah muak baca blog aku yang selalu memuji diri ni :) Saya hanyalah manusia biasa yang sangat comel yang sering buat silap :) Selamat hari raya dan saya sayang awak semua :)

Okayy cukup lah sampai sini je sebab aku memang dah ngantuk . Esok nak kena pi Kuantan then Mersing baru pergi Pontian . Hee :) SELAMAT HARI RAYA IKHLAS DARIPADA BUDAK COMEL AL :)


OLDERNEWER