Revolution
KEM :)
Saturday, July 7 01:38:00


Assalamualaikum :)

Aku baru je balik dari kursus kenaikan pangkat. Haha. Lawak okayy. So aku nak cerita.

Aku memang tau pasal kursus ni. Sekolah celcom cuma nak hantar 3 orang. Yang pastinya orang yang dapat pergi kem negeri haritu lah. Jadi aku, zara dengan abi. Tapi abi tarik diri sebab dia nak SPM. So dengan berbekal kan air 100 plus kami pun pergi ke kursus tu. Mula-mula nak bawak kamera tapi bateri pulak buat hal -,- Pastu naik lah kereta cikgu. Dalam hati aku dah risau gila sebab fikir kitaorang yang paling lambat rupanya kitaorang yang paling awal ==' Pastu pergi check nama peserta yang lain-lain. Alhamdullilah ramai yang aku kenal tapi RUPANYA yang datang sikit gila yang aku kenal. Haisyh t-.-t

FIRST DAY :)

Memandangkan kitaorang ni sekolah first yang sampai so kitaorang santai-santai je lah. Goyang tangan goyang kaki horey horey. Okay tipu je. Kitaorang jadi hamba abdi kuli and so on. Oh lagi menipu. Haha. Actually kitaorang adalah tolong sikit-sikit sementara nak tunggu makanan siap. Pastu datang satu sekolah ke satu sekolah ke satu sekolah dan kemudiannya..... *aku sebenarnya tak tau nak cakap ape* Pastu kak long tegur. Nasib aku ni jenis peramah terlebih, so taklah segan sangat dengan kak long. Rupanya kak long ni form 6. Hahaha. Then datang si chot dan si chet. Hahaha aku dah lupa nama dua orang budak lelaki yang sporting gile.

Then kitaorang diberi tajuk untuk ujian pertama kami iaitu pengucapan awam. Ni yang gua tak suka ini -,-t seriously aku cakap aku tak suka pengucapan awam. Kalau buat lisan dalam kelas depan semua classmate pun bergetar lutut ni kat depan orang yang memang kita tak kenal langsung. Lagi lah. Bukan getar lutut je rasa macam nak pitam je duduk depan then berucap. Dalam masa dua jam aku kelam kabut cari isi yang sesuai untuk pengucapan awam. Nasib aku baik sebab aku dapat tajuk bencana alam. Then nas bawak buku karangan memang aku guna lah kan :) Haha. Pastu aku selitkan isi yang memang tak dapat  membantu. Haha. Lawak okayy :) Memang bergetar lutut dengan tangan sampai tersasul cakap. Seriously segan gila tersasul cakap :')

Lepas tu kitaoang buat ujian personal drill. Apakah personal drill tu? Okay personal drill tu dia macam kawad tapi kita yang bagi arahan dan kita buat sorang-sorang. Huh bengang gila aku time personal drill. Turn aku malam so agak ngantuk lah. Penat aku praktis betul-betul. Bila praktis semua betul tapi time buat hancur. Haha. Ngantuk punya pasal habis hancur. Tanya lah staf ardan. Actually Ardan tu kawan kitaorang. Dia amik SPM tahun lepas. Back to the story. Kitaorang kalau ada yang buat silap memang kena berendam kat kolam cik Rose. Haha. Kauorang jangan fikir kolam tu indah. Nak tahu kolam tu camne? Actually kolam cik Rose tu tangki air. Ala yang tangki air yang ada kat atas rumah kauorang tu. Haa! Tu lah kolam cik rose. Lepas berendam dalam kolam cik rose terus aku rasa segar bugar ditambah dengan angin sepoi sepoi bahase. Eh ye ke? Tipuuuu malam tu sejuk gila angin dia sampai mengigil aku. Okayy sambung balik, lepas berendam dalam kolam cik rose terus aku rasa segar bugar ditambah dengan angin gila kuat. Aku tabah kan diri untuk melawan mata dari terus tertidur. Sungguh 'jernih' air yang ada kat dalam kolam cik rose. Best betul dapat mandi memalam buta. Kauorang patut cuba! *buat muka gedik yang mintak pelempang dan penumbuk kaw-kaw punya* Okay pastu kitaorang tidur. Ehh tak perlu kut aku cerita kejadian sebelum tidur. Menyampah pulak aku bila teringat balik. *menyampah bukan jealous*

SECOND DAY !!!

Pagi-pagi aku kena buat ujian fizikal. 3.2 km. Dekat je tu. And kitaorang kena buat kurang dari 30 minit. Memang aku yakin aku boleh buat. Aku perempuan kedua terawal. Lagi 100 meter dari tempat tamat ade staf tu kata 'ehh patah balik, patah balik. Korang salah jalan ni' aku dah 'what?! Are you serious?! Gila lah!' Dah lah nak patah balk tu amik masa yang lama t-,-t nasib aku sampai 29 minit 12 saat. Pergh nasib baik. Pastu ujian kawad lagi. Berapa banyak kali berendam tah aku pun tak ingat. Pastu ujian bertulis. Aku pikir ujian bertulis tu susah tapi senang je.

THE END! (Actually malas nak taip)


OLDERNEWER