Revolution
HUSEL 2012
Sunday, March 11 08:57:00

Assalamualaikum guys!

Pucatkan muka aku waktu aku datang sekolah hari khamis tu? Ya ya ya kau orang ke 107 bagitau aku. Actually memang pucat sangat ke? Argh! Tu la Alyaa yang dok gatai pergi sekolah awat? Ni kita nak buat pengakuan jujur dari lubuk hati yang teramat bersih lagi suci *Ayat dia, macam tak pernah buat dosa je -,-* ape yang cikgu ajar kat depan hari khamis dengan jumaat tu satu hapak pun tak masuk :P Ah! Ape ni? Dah lar dari tajuk asal aku nak bercerite ni. Dah, marilah kita semua berganding bahu mengembleng tenaga *Ceh lirik lagu koprat JPAM tu* kembali kepada tajuk yang asal. Mane kah menghilang nye aku tak pergi sekolah celcom selame 3 hari? Ape kebendekah soalan ini? Udah aku bilang sama kalian aku mau g kem. Memang tak amik berat betul lah korang ni -,- Pastu marah-2 aku kate aku ponteng sekolah lah. Haisyh! Terime kasih ah kat sape yang call aku pepagi buta tanye aku pergi sekolah tak. Yayaya aku tau kau rindu aku kan? ;) Ceh perasan -,- 

Hari pertama kiteorang sampai lambat kat kem tu. memang tak seperti yang dirancang kan oleh kerana kelewatan wakil dari sekolah celcom. Bukan salah aku, aku dah sampai tepat terpacak kat sekolah tu awal dari biase. Cikgu yang sampai lambat. *Alyaa tak baik tau awak salah kan cikgu awak. Awak sepatutnya salah kan kesesakkan lalu lintas. Rumah cikgu dengan sekolah celcom kan jauh. Awak kene memahaminye. K Dah dapat ceramah free plak -,-* K sudah cerite pasal kelambatan yang memang tak disengaje kan. Dok dalam bas 2 jam sakit badan aku tau! Nak tidur tapi tak boleh nak tidur. Dah boring sangat nasib baik Akma panggil dok belakang *hilang sikit tahap keboringan aku* Lepak ngan Chin *dapat belajar tepuk-3 Chin free*, pastu lepak ngan Izi jugak. Sampai sane terus kene berdiri kalau tak silap pengiraan aku dekat sejam jugak lah berdiri dengar taklimat, pembahagian kumpulan bla bla bla pot pet pot pet. Akhirnya Mus jadi penghulu *berbangge daerah HUSEL sekejap* Blablabla aku dah lupe ape lagi kiteorang buat.

Hari kedua berlatih kawad for pemilihan pergi kebangsaan *jangan risau kepade cikgu tuuuut saye dah ak pergi kem dah, pas ni tak payah nak membebel lagi :P* Rupenye ape yang kiteorang belajar kat latihan pusat tak complete so kami ni macam budak-2 yang tak pandai ketagih mintak diajar. Kesian kami *Akma, Fatin, Ain, Ain, Syaz, Deqma, n me. Pasukan lelaki cepat lah tangkap. Aiman, Adib, Mus, Chin lagi 3 orang aku tak tau name* Petang tu dah tak tau nak buat ape lepak je la pastu kene bebel nak dapatkan pasukan kawad tu lah ni bebel tu tak pe ni suke hati nenek tiri kau punya adik lelaki punya kawan yang duduk kat hujung kampung tu je kutuk kami -,- Malam tu kami buat ape ea? Oh ya kene buat raptai for majlis penutupan -,- Penat tahu tak kami kene berdiri setempat tanpa bergerak tanpa bercakap. Penat tahu!

Hari ketiga kami pergi buat jungle tacking. Ye ke jungle tracking? OFW. Aku ahli kumpulan 9 memang lembat lambat dah perlahan lah dok kat situ, nak strat lambat, nak abis lambat. Oh bertapa rugi aku ak sampai check point ke-4 sebab cikgu kate kat dalam kereta bende yang diaorang buat kat check point ke 4 tu lah bende yang cikgu nak buat time pasca PMR RUGI GILE! K sape ahli kumpulan 1 or 2 or 3 dari husel? Meh aku nak tanye bende tu. Pastu malam tu sepatutnye kne buat malam kebudayaan tapi tak de *tak best tau sesuatu kem itu tanpa malam kebudayaan* Kene buat raptai. WHAT? AGAIN? Ni kem ke tempat penyeksaan kaki? o.O Yang pasti nye lepas balik kem ni memang aku rendam kaki aku dalam kolam ais * kay nampak bebenor menipunye* Datang sekolah kene ikuti 'motivasi' pusing gelanggang futsal 3 kali. Ha! Tu lah 'cemerlang' sangat resultnye -,-

Hari keempat a.k.a hari terakhir, kene buat raptai lagi. Aku rase nak tumbang je TAPI! Aku kan kuat tak tumbang punye! *nasib baik puan Jai baik urutkan belakang aku. Lega sikit* Aku tak tau kene buat berape juta kali raptai. :P Pastu bergambar sat, k cepat carik yang mane satu aku! Balik tu aku dapat tau kakak aku dapat result STPM dia 3.92 top student kat SEMESCO. Tahniah! Tak sia-sia kau pinjam phone aku bawak pergi sekolah sebab nak dengar radio :) Nah result kakak aku 




OLDERNEWER